Apa khabar semua? Harap-harapnya korang semua sihat & sejahtera.. Ahha, Mei 2013 tahun kedua? Ermm, takde pe pun sebenarnya.. Sekadar nak berkongsi cerita yang tahun 2013 ni merupakan tahun kedua blog babyaimacomel ni ditulis secara aktif. Sebenarnya blog ni dah wujud since 2011 tapi takde pape di dalamnya dan terhenti selama setahun. Kenapa? Sebab masa tu tak tahu dan rasa cam tiba-tiba je ada blog ni.

Okey, kita lupakan zaman masa jadi baby dulu. Yelah, time tu apa pun takde, follower? memang takde la. Tukang komen? Haahaahaaa.. dalam mimpi ada la. Then ingatkan blog tu akan berkubur terus sebab langsung tak ingat pun pe password dia. (eh, kata tak nak cerita pasal zaman baby) =)
Tapi entah macamana. Mungkin terasa hidup ni kosong sangat masa tu. Yelah, kadangkala punya teman di sisi pun tak semestinya mampu jadi pendengar dan penasihat yang baik kan. Hakikatnya masa tu memang rasa sunyi sangat. Sebabnya kalau dah jiwa penulis tu buatlah pape pun semuanya lahir di hujung jari tak kisahlah di dalam blog mahupun atas sehelai kertas yang bernama buku. Semuanya mahu di skrip kan, semuanya mahu di hitam dan putih kan.. Sebab tu lah terhasilnya penulisan berblog ni.
Tapi setahun yang lepas, blog ni masih tak punya apa-apa.. Kosong, Menulis pun sekadar syok sendiri. (sampai sekarang pun masih syok sendiri kan).. Betul tak kengkawan?? =) Dan slow-slow merangkak sehinggalah hari ni. Masih banyak benda yang aku ketinggalan, masih banyak perkara yang aku ketandusan, masih banyak ilmu yang belum digapai. Masih jauhhh.. terlalu jauh untuk aku ikut jejak langkah orang lain iaitu awak-awak semua.

Mengharapkan doa kalian untuk ku terus kekal di sini, melangkah hari-hari dengan penuh kerendahan diri. Aku nak belajar, tapi aku seringkali keliru. Keliru dengan emosi sendiri, mungkin langkah tu perlahan tapi sangat mengharapkan ianya terus konsisten.. Terima kasih sudi jadi sahabat, sudi jadi pendengar, sudi jadi penasihat, sudi jadi pembaca untuk blog ku yang sememangnya syok sendiri ni..
Sekian, tolong ketuk kepala ku ramai-ramai ye. Umur dah 26 tapi masih mengong rupanya aku ni kan =)




